Page 6 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVIT PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2024
P. 6
Kata Penghantar
Kata Penghantar
P E G A W A I A G A M A J A J A H A N T U M P A T
PEGAWAI AGAMA JAJAHAN TUMPAT
Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, atas limpah
rahmat dan kasih sayang-Nya. Dengan rasa syukur yang mendalam,
saya ingin memulakan kata aluan ini untuk menandakan satu lagi
pencapaian bermakna iaitu penerbitan Laporan Operasi dan
Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat bagi Tahun 2024. Kejayaan
ini tidak mungkin hasil kerajaan negeri melalui yuran perkhidmatan
dan pendaftaran kursus sebanyak RM296,734.00.
Tahun 2024 menyaksikan Pejabat Agama Jajahan Tumpat
melaksanakan lebih daripada ( ) program yang disusun dengan rapi
dan dilaksanakan dengan cemerlang. Program-program ini
melibatkan pelbagai pendekatan seperti bengkel, forum, seminar,
ceramah umum, dialog, kem remaja, dan lain-lain, memenuhi
pelbagai keperluan dakwah dan masyarakat. Sebahagian besar
program adalah sebahagian daripada inisiatif yang dirancang oleh
JAHEAIK atau MAIK, manakala selebihnya dianjurkan berdasarkan
keperluan semasa dengan kerjasama strategik agensi lain seperti
pihak masjid, MKN, dan pelbagai pihak berkepentingan.
Di sebalik kesibukan melaksanakan program-program ini, tugas dan
tanggungjawab utama Pejabat Agama tetap menjadi keutamaan.
Sepanjang tahun ini, sebanyak 1990 kebenaran perkahwinan telah
dikeluarkan, diikuti dengan pengeluaran sijil nikah sebanyak 1507
pasang, sijil cerai sebanyak 312 pasang, dan rujuk sebanyak 21
NIK AHMAD ZUHDI
pasang. Selain itu, kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan berjaya NIK AHMAD ZUHDI
BIN NIK YAACOB
BIN NIK YAACOB
menarik seramai 890 peserta remaja, yang turut menyumbang
kepada hasil kerajaan negeri melalui yuran perkhidmatan dan
pendaftaran kursus sebanyak RM58,360.00.
Dalam aspek penguatkuasaan undang-undang Syariah, sebanyak 140 kes telah diangkat ke bahagian
pendakwaan. Ini meliputi 12 kes khalwat, 14 kes tidak sopan, serta 114 kes lain. Hasil daripada tindakan ini,
sebanyak RM165,450.00 berjaya diperoleh melalui denda yang dikenakan, memberikan sumbangan positif
kepada hasil negeri serta menyokong pelaksanaan perundangan Syariah yang lebih tegas dan berkesan.
Kesemua kejayaan ini tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan dan usaha gigih semua pihak. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ameer Al Sadat, Pegawai Dakwah, Bahagian Dakwah;
Ustaz Hunie Adabi, Bahagian Penguatkuasaan Agama; Puan Zuraida, Bahagian Kewangan; serta seluruh
warga kerja Pejabat Agama Jajahan Tumpat atas dedikasi dan kesungguhan mereka sepanjang tahun ini.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih yang tulus kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung, termasuk rakan strategik dan kolaborator yang telah menjayakan program dan aktiviti ini.
Sebagai penutup, saya mendoakan agar usaha ini menjadi amal yang diberkati Allah SWT, dan semoga kita
terus melangkah dengan lebih yakin dan bersemangat ke arah masa depan yang lebih gemilang. Mudah-
mudahan segala kelemahan dapat diperbaiki, dan kekuatan terus diperkukuhkan.
Siru ‘ala barakatillah.
5 5
2024 PAJT
Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
A . S