Page 17 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 17

Memaku

                                                    Memaku adalah cara pengubatan yang paling mudah kerana hanya menggunakan paku.

                                                                    Cara ini diamalkan bagi penyakit seperti sakit gigi yang amat bisa.

                                                                                                           Pengasapan

                     Beberapa                       Cara ini digunakan terutama sekali bagi kanak-kanak yang selalu menangis bagi tempoh
                                                     yang lama tanpa henti. Cara perubatannya ialah menggunakan sabut kelapa, arang dan
                       kaedah                            kemenyan yang dinyalakan dalam bekas tertentu dan ditiup supaya kuat berasap.

                   Pengubatan                           Pengasapan juga digunakan untuk mengubat orang yang sering tidak sedarkan diri.

                    Tradisional
                                                                                                         Dakan / Belum
                    yang biasa                       Dakan adalah patung untuk perubatan yang diukir daripada dahan pokok rumbia oleh

                dilakukan oleh                      pakar dalam bidang ini. Cara perubatan ini, pakar dakan haruslah mengetahui tow yang


                   masyarakat                              menjadi punca penyakit terlebih dahulu sebelum mengukir patung kecil untuk

                     Melanau:                         perubatan. Mengikut kepercayaan, jika tow yang dinamakan itu betul, maka penyakit
                                                           akan keluar daripada badan pesakit dan memasuki ke dalam patung tersebut.


                                                                                                              Baguda’

                                                   Cara ini digunakan oleh a-bayoh kerana mereka boleh menggunakan bahasa sukat untuk
                                                    menghalau tow-tow. Caranya pesakit itu akan ditilik oleh a-bayoh dengan menggunakan

                                                      lilin. Kemudian kemenyan akan dinyalakan dan asapnya akan digunakan oleh a-bayoh

                                                                                            dan digosok pada badan pesakit.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22