Page 19 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 19
• Adat kelahiran masyarakat Melanau ini terbahagi kepada dua aspek iaitu semasa mengandung
dan selepas kelahiran.
Semasa Mengandung.
• Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau,
namun begitu mereka juga terikat dengan pantang larang seperti:-
o Ibu yang mengandung tidak boleh makan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian
Kelahiran
atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk.
o Mereka juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi
masam.
o Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil
kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
• Larangan ini tidak terhad kepada wanita hamil sahaja, malah si suami juga dikehendaki
menjauhi beberapa perkara:-
o Suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau makan ikan pari kerana dikhuatiri
Adat o Suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi
bibir anak akan menjadi sumbing.
minyak.
o Suami tidak boleh melihat sebarang kematian kerana anak di dalam kandungan akan
mendapat penyakit.
• Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan
menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.
Sumber gambar : Facebook Sapan Puloh Muzium Melanau