Page 24 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 24

Adat Kematian






                                   • Upacara kematian perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dengan
                                      mengikuti adat-adat tertentu kerana ianya merupakan satu upacara yang

                                      penting.

                                   • Mengikut masyarakat Melanau jika seseorang itu mati mestilah dibantu

                                      dalam perjalanannya ke akhirat (likow matai) dengan mengadakan majlis
                                      berkabung dan sebagainya.


                                   • Apabila seseorang itu sudah disahkan mati, mayatnya akan dimandikan oleh
                                      a bei patei atau keluarga yang terdekat.


                                   • Kemudian, mayat dipakai dengan pakaian yang cantik beserta dengan hiasan
                                      seperti manik dan barang-barang kemas. Kaki dan tangan mayat tersebut

                                      diikatkan dengan kain putih, manakala dagunya diikat dengan abiek, iaitu
                                      sehelai kain.


                                   • Mayat tersebut akan diletakkan di tengah-tengah rumah di atas katil sebagai
                                      pakat. Pakat diperbuat daripada kayu, papan dan dahan rumbia. Di atas katil

                                      itu dihamparkan lugik atau kain songket.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29