Page 25 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 25
• Pakaian lain akan disusun di atas mayat tersebut juga satu set teko, cawan, pinggan,
mangkuk disediakan kerana dianggap perlu baginya di likow matai.
• Pada waktu dahulu biasanya mayat di simpan dalam rumah selama tiga hari atau
seminggu. Semakin lama mayat itu disimpan, semakin baik. Walau bagaimanapun,
tempoh mayat itu disimpan juga bergantung pada tingkat sosial dan kekayaan keluarga
berkenaan.
• Tidak lagi sekarang, bagi Melanau likow atau Kristian, mayat disimpan di rumah paling
lama tiga hari kerana semakin cepat mayat itu dikebumikan, semakin mudahlah
keluarga tersebut menjalankan adat-adat lain.
Sumber gambar : Facebook Husri Yun