Page 26 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 26
• Selain daripada darjat, status kekayaan juga menjadi
ukuran bagi kaum melanau suatu ketika dahulu apabila
maut menjemput pergi.
• Jika dilihat pada zaman kerajaan dahulu, mayat
golongan raja, bangsawan dan pemimpin-pemimpin
besar melanau akan diletakkan dalam jerunai iaitu
tiang – tiang pengebumian dan golongan ini dikenali
sebagai Aristokrat.
• Jerunai berfungsi sebagai tempat penyimpanan mayat
raja atau bangsawan melalui satu lubang besar yang Sumber gambar : Facebook Husri Yun
akan digali.
• Ianya diperbuat daripada pokok besar, biasanya kayu
belian kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca
panas dan hujan hingga ratusan tahun. Tiang itu diukir
indah dengan ukiran binatang seperti naga, harimau,
ular, tikus, dan sebagainya.
• Ketinggian tiang tersebut tertakluk kepada pangkat
dan kekayaan si mati.
Sumber gambar : Facebook De Mystic Mukah Team