Page 29 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 29

“SAGU @ SAGO”


         ▪ Apa itu Sagu? Sagu dihasilkan dengan menggunakan
             tepung lemantak yang telah dicampur dengan bahan
             lain seperti kelapa parut kering (kerisik), dedak padi,

             santan, dan garam. Campuran bahan tersebut akan
             ditumbuk sehingga lumat untuk memudahkan ianya

             diadun dan diayak menjadi biji – biji sagu.
                                                                                                                                                     Sagu Mukah
         ▪ Biji – biji sagu tersebut akan dibakar di atas dapur                                                                                      Sumber gambar : Astro Awani

             khas iaitu “Belanga” yang dibuat daripada tanah liat
             dan bata. Sumber api ialah dari kayu api yang

             diletakkan dibawah dapur tersebut.

         ▪ Semasa proses pembakaran biji sagu tersebut, ianya

             mesti diratakan menggunakan penyapu lidi supaya biji
             sagu itu masak sekata. Setalah ianya masak, biji sagu

             akan dibungkus atau disimpan di dalam tin untuk
             dijual.


         ▪ Terdapat dua (2) jenis sagu iaitu Sagu Mukah dan
             Sagu Dalat atau Sagu Medong. Sagu Mukah saiznya

             lebih besar manakala sagu Dalat lebih kecil dan
             rasanya lebih berlemak.                                                                     Sagu Dalat / Sagu

                                                                                                                    Medong

                                                                           Sumber gambar : Facebook Masinah Sago Medong Ent.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34