Page 514 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 514

Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
                                                                    Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
                                                                                                                           Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


                   LAPORAN RINGKAS (MINIMUM 250 PATAH PERKATAAN)                :


                   Pada  6  Jun  2024,  kami  telah  mengadakan  satu  program  yang  bertajuk  "Toward
                   Excellence  Mastering  Culinary  Craft:  A  Journey  to  Refine  Cooking  Techniques."

                   Program ini diadakan di Bengkel Penyediaan dan Pembuatan Makanan (PVMA). Ia
                   bertujuan untuk memperkaya pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam bidang

                   kulinari.  Program  bermula  dengan  para  pelajar  berkumpul  di  Bengkel  PVMA.
                   Pengacara  majlis  memulakan  majlis  dengan  menjemput  Saudara  Muhd  Nur  Arif

                   untuk mempimpin bacaan doa bagi memberkati perjalanan program. Seterusnya,
                   pengacara  memperkenalkan  biodata  penceramah  jemputan  yang  merupakan

                   seorang  pakar  dalam  bidang  kulinari.  Pengacara  kemudian  menjemput

                   penceramah untuk memulakan sesi pertama program.

                       Program ini dibahagikan kepada beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang

                   bertujuan  untuk  memberikan  pelajar  pengalaman  yang  berbeza  dalam  dunia

                   kulinari. LDK 1 dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada Universiti Tun Hussein
                   Onn  Malaysia  (UTHM)  di  mana  pelajar  didedahkan  dengan  peluang-peluang

                   pendidikan tinggi dalam bidang kulinari. Seterusnya, LDK 2 memfokuskan kepada
                   topik  "How  to  Be  An  Excellent  Mastering  Culinary  (Cooking  Techniques)"  yang

                   memberikan pelajar pengetahuan mendalam tentang teknik-teknik memasak yang
                   unggul.


                       LDK 3 adalah sesi demonstrasi teknik memasak di mana pelajar dapat melihat

                   secara  langsung  cara-cara  memasak  yang  betul  dan  berkesan  daripada
                   penceramah yang berpengalaman. Pelajar juga diberi peluang untuk mengambil

                   bahagian dalam aktiviti berkumpulan pada LDK 4. Aktiviti ini bukan sahaja menguji
                   kemahiran memasak pelajar, tetapi juga menggalakkan kerjasama dan komunikasi

                   yang baik antara mereka.
   509   510   511   512   513   514   515   516   517   518   519