Page 515 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 515
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi penilaian diadakan untuk menilai hasil kerja pelajar dan memberikan maklum
balas yang membina. Majlis diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pemangku
Pengetua dan Pengurus Pusat Bertauliah Cawangan, Puan Sabariah. Dalam
ucapannya, beliau menekankan pentingnya usaha berterusan untuk mencapai
kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Beliau juga menyampaikan
cenderahati kepada pemenang aktiviti dan kepada penceramah sebagai tanda
penghargaan.
Majlis berakhir dengan para pelajar bersurai membawa pulang ilmu dan
pengalaman baru yang akan membantu mereka dalam perjalanan menjadi pakar
kulinari yang berjaya. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang
teknik-teknik memasak, tetapi juga membina keyakinan diri dan semangat untuk
terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.