Page 520 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 520
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TOWARD EXCELLENCE TOWARD EXCELLENCE MASTERING CULINARY CRAFT: A
JOURNEY TO REFINE COOKING TECHNIQUES
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Dekan Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional bagi melaksanakan program toward excellence
mastering culinary craft: a journey to refine cooking techniques dengan kerjasama
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian, Johor dan Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih Latihan
mengajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari kepada pelajar
Tingkatan Empat dan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang,
Pontian, Johor.
2.2 Program ini juga dapat memupuk kesedaran kepada pelatih bahawa peranan
mereka bukan sekadar di sekitar ruang lingkup kuliah malahan sebagai agen
penggerak masyarakat dalam kerja-kerja kesukarelawanan.
2.3 Selain daripada itu, melalui program ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan
mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba
pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan
secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi