Page 522 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 522

Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
                                                                    Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
                                                                                                                           Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


                       5.2  Murid  sekolah  mendapat  penerangan  dan  pendedahan  awal  berkenaan  kursus
                             yang ditawarkan di UTHM mengikut kesesuaian kelayakan akademik.


                       5.3  Mewujudkan  semangat  bekerjasama  antara  pelajar  Tingkatan  4  dan  5  Sekolah
                             Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian, Johor.


                       5.4  Mewujudkan  semangat  perpaduan  dalam  kalangan  mahasiswa  yang  berbilang
                             bangsa dan budaya melalui program yang dijalankan.


                       5.5  Dapat meningkatkan beberapa kemahiran insaniah dalam diri pelajar Tingkatan 4

                             dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian, Johor.


               6.0     PERNYATAAN MASALAH

                      6.1     Tuntutlah  ilmu  walau  sehingga ke  negeri  China.  Begitulah  perumpamaan  yang

                              diberikan   yang menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan
                              kita. Namun begitu, pada masa kini seringkali kita baca di dada akhbar bahawa
                              semakin ramai generasi muda telah hilang minat untuk menyambung pengajian ke

                              peringkat lebih tinggi. Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang
                              menganggap bahawa menyambung pengajian itu adalah sesuatu perkara yang

                              membebankan.  Dengan  adanya  keterlibatan  murid  sekolah  dalam  suasana
                              pendidikan universiti yang sebenar mampu memperluaskan lagi pandangan murid
                              sekolah  serta  menjadi  pendorong  kepada  murid  untuk  lebih  berusaha  dalam

                              memantapkan diri.

                      6.2     Implikasi terhadap trend tersebut akan mengakibatkan negara berdepan masalah

                              kekurangan tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi dalam sektor kritikal.
                              Justeru,  sebuah  program  untuk  menarik  minat  pelajar  menyambung  pengajian

                              untuk mempengaruhi pandangan pelajar ke arah yang lebih positif terhadap masa
                              depan mereka perlu dijalankan. Peranan IPT dalam memberi dorongan sebegini
                              dapat  membantu  pelajar  menentukan  keputusan  mereka  untuk  menyambung

                              pengajian selepas tamat persekolahan.
   517   518   519   520   521   522   523   524   525   526   527