Page 11 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 11

1.4 Justifikasi Pelanjutan Pelan ITP


                      Pelanjutan Pelan ITP 2019 -2023 kepada 2024 -2025 adalah berdasarkan beberapa
                      justifikasi berikut:-


                      (a)  Penjajaran  semula  pelaksanaan  ITP  dengan  Pelan  Pembangunan  Pendidikan
                           Malaysia  (PPPM)  2013-2025  dan  Pelan  Strategik  Pendigitalan  Sektor  Awam
                           (PPSA) 2021-2025. Pelanjutan dilaksanakan bagi menjajarkan Pelan ITP sedia
                           ada dengan tempoh tamat bagi PPPM KPM 2013-2025 dan tempoh PPSA 2021-
                           2025.


                      (b)  Perancangan pelaksanaan inisiatif melangkau tahun pelaksanaan ITP bagi yang
                           sedang  dalam  pembangunan  dan  belum  bermula.  Berdasarkan  analisis  status
                           pencapaian pelaksanaan Pelan Transformasi ITP 2019-2023 di atas (Rajah 1-1),
                           status pencapaian inisiatif yang telah Siap mengikut perancangan ialah sebanyak
                           56%.  Manakala  bagi  status  inisiatif  yang  Sedang  Dalam  Pembangunan  dan
                           Belum Bermula  ialah  sebanyak  44%.  Bagi  kedua-dua  status  ini  dijangka  akan
                           selesai  melepasi  tempoh  pelan  ITP  iaitu  melangkaui  tahun  2023.  Justeru,
                           terdapat keperluan untuk membuat pelanjutan Pelan ITP memandangkan inisiatif
                           yang  statusnya  sedang  dalam  pembangunan  dan  belum  mula  sebahagiannya
                           merupakan  inisiatif  utama  yang  perlu  diteruskan.  Sebagai  contoh  inisiatif
                           berkaitan aplikasi teras bersepadu KPM, inisiatif gudang data KPM dan analitik
                           data serta peningkatan infrastruktur rangkaian.


                      (c)  Inisiatif yang belum bermula telah mendapat peruntukan pembangunan RP3 dan
                           dijangka dapat dilaksanakan secara sumber luaran bagi memastikan pelaksanaan
                           dapat diselesaikan dalam tempoh pelanjutan 2024-2025.


                      (d)  Perubahan  dasar  memberi  kesan  kepada  perubahan  sistem  legasi  dan  sistem
                           baharu yang sedang dibangunkan. Sistem legasi sedia ada banyak memberi impak
                           perubahan mengikut keperluan baharu dengan perubahan dasar yang memberi
                           impak kepada garis masa pelaksanaan inisiatif yang sedang dilaksanakan.

                       Berdasarkan  justifikasi  yang  dinyatakan  dan  penyelarasan  semula  garis  masa
                       pelaksanaan bagi setiap inisiatif dalam tempoh pelanjutan ITP, sebanyak 22 inisiatif
                       (39 projek) dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh 2019 – 2025. Manakala tiga
                       (3) inisiatif diputus untuk digugurkan.










                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16