Page 8 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 8
LATAR BELAKANG
1.1 Pengenalan
Dokumen ini menerangkan Pelanjutan Pelan Transformasi ICT KPM 2019 – 2023
dalam tempoh dua (2) tahun iaitu 2024 – 2025 yang memberi penerangan dan garis
masa bagi pelaksanaan inisiatif yang akan dilanjutkan dalam tempoh pelanjutan.
Pelanjutan Pelan Transformasi ICT KPM 2019 – 2023 telah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pelaksanaan Transformasi ICT KPM
Bilangan 1 Tahun 2023 pada 14 November 2023 untuk tempoh dua (2) tahun iaitu
2024 – 2025.
Dokumen ini akan dijadikan sebagai panduan kepada pemilik inisiatif untuk membuat
persediaan bagi keperluan perancangan dasar dan sumber termasuk peruntukan
kewangan supaya pelaksanaan berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dalam tempoh
garis masa yang telah dirancang.
1.2 Objektif
Pelanjutan ITP adalah untuk meneruskan pelaksanaan lapan (8) inisiatif yang masih
tidak dapat disiapkan daripada 25 inisiatif di bawah Pelan ITP 2019 – 2023 yang
dirancang. Pelaksanaan inisiatif ini adalah penting bagi mentransformasikan KPM
agar menjadi Kementerian yang menerajui penggunaan ICT dalam menyokong
keseluruhan ekosistem pendidikan merangkumi pendidikan peringkat prasekolah
hingga pra-universiti.
1.3 Status Pelaksanaan Pelan Transformasi ICT 2019-2023
Status Pelaksanaan 25 inisiatif sehingga Disember 2023 yang melibatkan 42 projek
di bawah Pelan ITP 2019 – 2023 yang dirancang digambarkan seperti Rajah 1-1 di
bawah :-
Rajah 1-1 : Status Pencapaian Pelaksanaan ITP 2019 – 2023
8