Page 48 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 48

Rajah 2-5: Gambaran Keseluruhan Arkitektur Komponen Data


                      2.2.8 Inisiatif B12: Mewujudkan Sistem Pengurusan Kehadiran (ScanMe) berpusat berasaskan
                      teknologi digital untuk digunakan di kesemua pejabat dan institusi pendidikan


                           Inisiatif  B12:  Mewujudkan  Sistem  Pengurusan  Kehadiran  (ScanMe)
                           berpusat  berasaskan  teknologi  digital  untuk  digunakan  di  kesemua
                           pejabat dan institusi pendidikan


                      Sistem Pengurusan Kehadiran (ScanMe) ini dibangunkan secara berpusat bertujuan
                      untuk memantau rekod kehadiran kakitangan KPM dengan lebih sistematik, teratur
                      dan berpusat merangkumi semua pejabat dan institusi pendidikan termasuk di setiap
                      bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi
                      pendidikan  KPM.  Pelaksanaannya  akan  membolehkan  KPM  mengesan  kehadiran
                      warga  KPM  dengan  lebih  berkesan  secara  berpusat.  Antara  fungsi  utama  sistem
                      kehadiran ini ialah untuk merekodkan kehadiran, menyemak maklumat kehadiran dan
                      laporan yang dapat dijana secara berpusat.


                      Maklumat dan rekod kehadiran yang dilaksanakan secara berpusat di semua peringkat
                      pejabat KPM serta di institusi pendidikan dapat meningkatkan status operasi sedia ada
                      di  samping  pemantauan  yang  lebih  berkesan  dapat  dilaksanakan  secara  berpusat,
                      teratur dan sistematik.













                                                           48
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53