Page 50 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 50
Penerangan bagi modul utama dalam Sistem Pengurusan Kehadiran (ScanMe) seperti
berikut:
Bil. Modul Penerangan
1. Profil Modul ini bagi membenarkan pengemaskinian
Pengguna maklumat kakitangan seperti Nama, Gambar, No. Kad
Pengenalan, Alamat Pejabat, Gred, Jawatan, ID
Pengguna, Jantina,Waktu Bekerja, Penyelia,
Penyokong, Pelulus dan Status Rekod.
2. Kehadiran Modul ini membenarkan:
(a) Merekod kehadiran: Merekodkan dan menyimpan
maklumat kehadiran yang diambil sama ada melalui
Portal atau melalui peranti kehadiran pengimbas
biometrik.
(b) Melihat rekod kehadiran: Semua rekod kehadiran
akan dapat dijana dan dilihat oleh pengguna
berdasarkan peranan, hierarki jawatan dan lokasi
yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pentadbir
institusi akan dapat melihat maklumat kehadiran
kakitangan dan pelajar di institusinya sendiri, tetapi
tidak di institusi pendidikan lain. Pegawai PPD pula
boleh melihat rekod kehadiran seluruh institusi
pendidikan di daerah terbabit tetapi tidak di daerah
atau negeri lain.
(c) Pengesahan Kehadiran: Membolehkan pengesahan
kehadiran oleh Penyelia bagi rekod kehadiran yang
lewat daftar masuk atau keluar lebih awal daripada
waktu bekerja atau tidak hadir berdasarkan justifikasi
yang telah dikemas kini oleh kakitangan terlibat.
3. Biometrik Modul ini membolehkan penyimpanan rekod profil
biometrik melalui pengecaman wajah pengguna semasa
proses pendaftaran pengguna. Pentadbir juga boleh
mengemas kini atau menghapuskan rekod tersebut
daripada sistem. Maklumat biometrik melalui
pengecaman wajah akan disimpan di sistem untuk
membolehkan peranti kehadiran mengesahkan rekod
kehadiran yang dimuat naik berdasarkan pengecaman
wajah yang telah dikemas kini.
4. Laporan Modul ini membolehkan penjanaan laporan
50