Page 21 - ebuletin IBS 2022
P. 21
11 OGOS 2022 AKTIVITI
SEMINAR BAGAIMANA BERGELAR
KONTRAKTOR PEMBINAAN
Oleh : SURIANI NASUTION BINTI PADZLAN
Pada 11 Ogos 2022, satu program 'Seminar Bagaimana Bergelar Kontraktor
Pembinaan' telah berlangsung di Politeknik Melaka. Program ini merupakan
anjuran bersama COBTech PMK, ABM (Akademi Binaan Malaysia), CIDB (Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Melaka) dan PKMM (Persatuan
Kontraktor Melayu Malaysia, Melaka). Seramai 31 orang peserta dari seluruh
Malaysia telah terlibat dengan program ini.
Program ini dimulakan dengan tayangan video keselamatan dan bacaan doa dari
En. Hussein bin Alias. Setelah itu, Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj. Razali bin
Johari menyampaikan ucapan aluan. Seterusnya majlis diteruskan dengan
penyampaian cenderahati.
Unit Penerbitan COBTech, Politeknik Melaka 15