Page 25 - ebuletin IBS 2022
P. 25
26 SEPTEMBER 2022 AKTIVITI
PENGLIBATAN PELAJAR PMK Dalam
PEMBINAAN RUMAH di SERKAM
OLEH : SHAHRUN NAZIDA BINTI SALLEH
Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu kaedah yang
dijalankan oleh pensyarah Politeknik Melaka dalam memberikan pengalaman
kepada pelajar dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
diberikan latihan untuk merasai pengalaman menjalani praktikal di tapak bina.
Program ini melibatkan seramai 25 orang pelajar DKA3A. Program ini diuruskan
sepenuhnya oleh pensyarah kursus En. Anuar Bin Nordin.
Pelajar telah diberi tunjuk ajar oleh penyelia tapak bina En. Sufian bin Ahmad
daripada Kosmo Bina yang terletak di Serkam, Melaka. Pelajar diberi pendedahan
dalam kerja-kerja mentafsir pelan dan setting out.
Unit Penerbitan COBTech, Politeknik Melaka 19