Page 2 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 2
Kertas ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak
berkuasa berkaitan terhadap cadangan penyelarasan serta pengecualian
pelaksanaan waktu bekerja bukan pejabat 45 jam seminggu termasuk rehat di bawah
Dasar Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi skim perkhidmatan
Pembantu Khidmat Am (Pemandu Ambulans).
1. Tuntutan Operasi 24 Jam : Perkhidmatan ambulans beroperasi tanpa henti dan
memerlukan tenaga kerja yang mencukupi bagi memastikan perkhidmatan
segera dan efisien.
2. Kekerapan Double Shift : Pemandu ambulans terpaksa bekerja 2 hingga 5 kali
seminggu dalam syif berganda yang mengakibatkan keletihan melampau.
3. Risiko Keselamatan : Keletihan menyebabkan risiko kemalangan meningkat
serta menjejaskan keselamatan pesakit dan petugas.
4. Kekurangan Sumber Manusia : Jumlah jawatan dan pengisian tidak seimbang
dengan keperluan semasa fasiliti.
5. Kualiti Perkhidmatan : Penyelarasan waktu bekerja dapat meningkatkan
keberkesanan dan kesejahteraan pemandu ambulans.
1. TUJUAN KERTAS PERMOHONAN
Cadangan ini juga bertujuan untuk menyelaraskan waktu bekerja syif bagi skim
Pembantu Khidmat Am (Pemandu Ambulans) agar selaras dengan lima (5) skim
perkhidmatan lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah
diluluskan pelaksanaan waktu bekerja 42 jam seminggu seperti berikut :
• Pegawai Perubatan
• Penolong Pegawai Perubatan
• Jururawat
• Jururawat Masyarakat
• Pembantu Perawatan Kesihatan
• Pembantu Khidmat Am (Pemandu Ambulans)

