Page 3 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 3

2.    MAKLUMAT PERJAWATAN DAN PENGISIAN


                     2.1  Jumlah  keseluruhan  jawatan  Pembantu  Khidmat  Am  (Pemandu)  di
                           seluruh negeri di Malaysia adalah lebih kurang 2,232 jawatan.



                     2.2  Daripada  jumlah  tersebut,  pengisian  perjawatan  semasa  adalah
                           sebanyak 2,108 jawatan, manakala selebihnya merupakan kekosongan

                           yang sedang dalam proses pengisian oleh pihak berkuasa melantik.


                     2.3  Kekurangan  tenaga  kerja  ini  secara  langsung  memberi  kesan  kepada

                           pengurusan  jadual  syif,  di  mana  sebahagian  besar  pemandu  ambulans
                           terpaksa melaksanakan kerja berganda (double shift) bagi menampung

                           kekurangan  petugas,  sekaligus  meningkatkan  risiko  keletihan  dan
                           keselamatan semasa bertugas.




               3.    SENARAI FASILITI TERLIBAT


                     3.1  Perkhidmatan  ambulans  melibatkan  sebanyak  149  fasiliti  hospital  di

                           seluruh Malaysia yang terdiri daripada hospital berpakar, hospital daerah
                           dan hospital kategori minor.



                     3.2  Maklumat  terperinci  senarai  fasiliti  terlibat  mengikut  negeri  dan  kategori
                           hospital boleh dirujuk yang disertakan bersama kertas ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8