Page 3 - laporan amali 2 - kumbang beras
P. 3
TAJUK
Persampelan populasi kumbang beras
TUJUAN
Menentukan bilangan kumbang beras dalam sesuatu satu populasi
PENGENALAN / TEORI
Sitophilus oryzae, atau lebih dikenali dengan nama bubuk beras, ialah sejenis
serangga perosak yang terdapat dalam beras dan bijirin lain dari keluarga Circulionidae.
Turut dikenali sebagai kutu beras atau kumbang beras, serangga ini dijumpai di kawasan
tropika dan sub-tropika. Seringkali ia dijumpai di dalam beras yang disimpan untuk beberapa
ketika dan didapati bahawa beras tersebut telah rosak. Penyimpanan beras memerlukan
teknologi khusus untuk mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok simpanan
beras. Namun begitu, kaedah pengawalan ini perlu disesuaikan agar tidak memberi kesan
kimia terhadap beras yang akan digunakan oleh manusia.
Untuk amali pada kali ini, kami telah menggunakan 2 sampel beras iaitu sampel A
dan sampel B. Kedua-duanya adalah jenis dan jenama berasa yang sama iaitu beras Jati.
Namun begitu, tempoh peraman bagi setiap sampel adalah berbeza. Sampel A adalah beras
yang disimpan dalam tempoh 6 minggu dan telah mengalami kerosakan yang teruk
manakala sampel B adalah beras yang disimpan dalam tempoh 3 minggu dan tidak
mempunyai banyak kerosakan.
ALAT DAN BAHAN
• Beras yang mengandungi kumbang beras
• 1 sudu plastik besar
• 2 piring petri besar yang berdiameter 10-15 cm
• 1 berus lukis kecil
• 1 bikar muatan 1 liter
• Penimbang
• Kertas putih A4
2