Page 6 - laporan amali 2 - kumbang beras
P. 6
SOALAN / PERBINCANGAN
1. Dari fakta sains, bincangkan kenapa beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang
membiak
Beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang beras membiak kerana beras adalah
satu sumber tenaga terbesar yang kaya karbohidrat. Kumbang beras betina akan menggigit
dan masukkan telur halus berbentuk bulat lonjong di dalam biji beras. Seekor kumbang
beras betina mampu mengeluarkan 300 - 400 biji telur sekali. Telur berwarna putih akan di
tutup (sealed) dengan cecair khas yang dikeluarkan oleh kumbang betina. Telur ini akan
menetas dan larva yang berukuran 4 mm panjang tanpa kaki akan makan biji beras sehingga
merosakkan biji beras kemudian membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan menjadi
dewasa dan keluar dari dalam biji beras dengan mempunyai 6 kaki serta dua sesungut
pendek serta muncung di kepalanya. Keadaan beras yang lembap memudahkan lagi
pembiakan kumbang beras.
2. Cadangkan kaedah rawatan untuk membasmi serangan kumbang terhadap beras
ini dan tidak menjejaskan kualiti beras
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk membasmi
serangan kumbang beras tanpa menjejaskan kualiti beras. Antara kaedah yang sering
dijalankan ialah dengan kaedah fumigasi, kawalan suhu tinggi dan penggunaan produk
tumbuhan dalam mengawal pembiakan kumbang beras. Kawalan menggunakan kaedah
fumigasi boleh digunakan untuk semua jenis bijirin. Dengan menggunakan metil bromida,
kaedah dijalankan dalam keadaan protokol khusus yang selamat dan mengikut keperluan
khas. Metil bromida akan mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih.
Pengilang dan pengedar yang ingin menjalankan fumigasi mesti mendapat kelulusan dan
kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun begitu, kaedah fumigasi ini membahayakan
manusia jika tidak dijalankan dengan betul.
Kawalan menggunakan suhu tinggi akan membunuh kumbang beras dalam kontena
khas yang dibina dan ianya lebih murah dan selamat tetapi keberkesanannya kurang
sempurna. Penggunaan produk tumbuhan seperti minyak tumbuhan, daun & serbuk
tumbuhan serta ekstraknya juga dapat digunakan. Sebagai contoh, minyak biji Neem
merupakan produk yang paling berkesan dalam mengawal pembiakan kumbang beras
(Thomas et.al, 2002).
5