Page 10 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 10

kehilangan pahala yang sempurna yakni sekiranya ia mati di Madinah, tempat ia berhijrah
               yang dimaksudkan semata-mata sebab Allah Ta'ala belaka.






                                 :    ملسو هيلع الله ىلص  الله لوسر لاق لاق هنع الله يضر رخص نب نمحرلا دبع ةريره يبأ نعو  7-



                                  ) ) .    ملسم هاور  "   ( (  مكلا معأو مكبولق ىلإ رظني نكلو ،مكروص ىلإ   لاو ، مكماسجأ ىلإ رظني لا الله نإ  "



               7.  Dari  Abu  Hurairah,  iaitu  Abdur  Rahman  bin  Shakhr  r.a.,  katanya:  Rasulullah  s.a.w.
               bersabda:


               "Sesungguhnya  Allah  Ta'ala  itu  tidak  melihat  kepada  tubuh-tubuhmu,  tidak  pula  kepada
               bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian." (Riwayat Muslim)



                لتاقي لجرلا نع ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر لئس  :    لاق هنع الله يضر ىرعشلأا سيق نب الله دبع ىسوم يبأ نعو  8-
                الله ةملك نوكتل لتاق نم  :   "    ملسو هيلع الله ىلص  الله لوسر لاقف  ؟    الله ليبس يف كلذ ىأ ،ءاير لتاقيو ، ً ةيمح لتاقيو ،ةعا جش
                                                                           ) ) .    هيلع قفتم  "   ( (  الله ليبس يف  وهف ايلعلا ىه


               8.  Dari  Abu  Musa,  yakni  Abdullah  bin  Qais  al-Asy'ari  r.a.,  katanya:  "Rasulullah  s.a.w.
               ditanya perihal seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi
               yang berperang dengan tujuan kesombongan - ada yang ertinya kebencian - ada pula yang
               berperang  dengan  tujuan  pameran  -  menunjukkan  pada  orang-orang  lain  kerana  ingin
               berpamer. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad fi-sabilillah?



               Rasulullah s.a.w. menjawab:


               "Barangsiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah - Agama Islam - itulah yang
               luhur, maka ia disebut jihad fi-sabilillah." (Muttafaq 'alaih)



               Keterangan:



               Hadis di atas dengan jelas menerangkan semua amal perbuatan itu hanya dapat dinilai baik,
               jika baik pula niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15