Page 663 - Bab_1. Ikhlas
P. 663

hati ia berkata: "Hati memang tidak sampai berbuat demikian, tetapi sudah demikian itulah yang
               diperintahkan oleh beliau s.a.w. sendiri."          (Riwayat Bukhari)




               :    لاق ،اَهنع الله يضر ،هبم ِبلو هبمو ملسو هملع الله ىلص الله لوسر ىروم ةثرام ِب ديز ِب ةماسأ ديز يبأ ِعو 29-
                ،ىطعأ ام هرو ،ذخأ ام لله نإ  :   "  لوقيو ملاسرل ئحقي لسرأف ،اندهشاف حضتمل دق ينبل نإ  :     ملسو هملع الله ىلص يبنرل تنب تلسرأ
                ،لبج ِب ذاعمو ،ةدابع ِب دعس هعمو ماقف  .    اهنمتأمر هملع مسقت همرإ تلسرأف  "    بستيترو حبصتلف   ،ىَسم لجأب هدنع ءيش لكو
                هحجم يف هدعقأف يبصرل ملسو هملع الله ىلص الله لوسر ىرإ عفحف ،مهنع الله يضر لاجرو ،تباث ِب ديزو ،بعك ِب يبأو
                ىفو  "    هدابع  بولق  يف  ىراعت  الله  اهلعج  ةَمر  هذه  :   "  لاقف  ؟    لذهام  الله  لوسر   :   اي  دعس  لاقف  ،هانمع  تضافف  ،عقعقت  هسفنو
                 .    بحطضتو كحيتت      :    عقعقت    ىنعمو  ) )   .    هملع قفتم  "   ( (  ءاَمحرل هدابع ِم الله ممحي اَنإو هدابع ِم ءاش ِم بولق يف  :   "   ةيلور

               29.  Dari  Abu  Zaid,  iaitu  Usamah  bin  Zaid  bin  Haritsah,  sahaya  Rasulullah  s.a.w.  serta
               kekasihnya  serta  putera  kekasihnya  pula  radhiallahu  'anhuma,  katanya:  "Puteri  Nabi  s.a.w.
               mengirimkan berita kepada Nabi s.a.w. -bahawa anakku sudah hampir meninggal dunia, maka
               dari itu diminta supaya menyaksikan keadaan kita." Kita: yakni yang akan meninggal serta yang
               sedang menungguinya. Beliau lalu mengirimkan khabar sambil menyampaikan salam, katanya:
               "Sesungguhnya bagi Allah adalah apa yang Dia ambil dan bagiNya pula apa yang Dia berikan
               dan segala sesuatu di sampingnya itu adalah dengan ajal yang telah ditentukan, maka hendaklah
               bersabar dan berniat mencari keredhaan Allah."



               Puteri  Nabi  s.a.w.  mengirimkan  berita  lagi  serta  bersumpah  nadanya  supaya  beliau  suka
               mendatanginya dengan sungguh-sungguh. Beliau s.a.w. lalu berdiri dan disertai oleh Sa'ad bin
               Ubadah, Mu'az bin  Jabal,  Ubai  bin  Ka'ab dan  Zaid  bin  Tsabit dan beberapa orang lelaki  lain
               radhiallahu 'anhum.




               Anak  kecil  itu  lalu  disampaikan  kepada  Rasulullah  s.a.w.,  kemudian  diletakkannya  di  atas
               pangkuannya  sedang  nafas  anak  itu  termengah-mengah.  Kemudian  melelehlah  airmata  dari
               kedua  mata  beliau  s.a.w.  itu.  Sa'ad  berkata:  "Hai  Rasulullah,  apakah  itu?"  Beliau  s.a.w.
               menjawab:  "Airmata  ini  adalah  sebagai  kesan  dari  kerahmatan  Allah  Ta'ala  dalam  hati  para
               hambaNya."




               Dalam riwayat lain disebutkan: "Dalam hati siapa saja yang disukai olehNya daripada hambaNya.
               Hanya  saja  Allah  itu  merahmati  dari  golongan  hamba-hambaNya  yakni  orang-orang  yang
               menaruh             belas           kasihan           -           pada            sesamanya."
               (Muttafaq 'alaih)
   658   659   660   661   662   663   664   665   666   667   668