Page 668 - Bab_1. Ikhlas
P. 668
Maksud "Mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama," bukan bererti ketika mendapatkan
mushibah yang pertama kali dialami sejak hidupnya, tetapi di saat baru terkena mushibah itu ia
bersabar, baik mushibah itu yang pertama kalinya atau keduanya, ketiganya dan selanjutnya.
Jadi kalau sesudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan: "Aku sekarang sudah berhati sabar
tertimpa mushibah yang kelmarin itu," maka ini bukannya sabar pada pertama kali, sebab sudah
terlambat.
ءلزج يدنع ِمؤَرل يدبعر ام : ىراعت الله لوقي : " لاق ملسو هملع الله ىلص الله لوسر نأ هنع الله يضر ةحيحه يبأ ِعو 32-
) ) . يراخبرل هلور " ( ( ةنجرل لاإ هبستمل مث امندرل لهأ ِم همفص تضبق لذإ
32. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman:
"Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mu'min di sisiKu, di waktu Aku mengambil -
mematikan - kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan
orang itu akan mendapatkan syurga." (Riwayat Bukhari)
ً
الله هثعبي ابلذع ناك هنأ اهحبخأف ،نوعاطرل ِع ملسو هملع الله ىلص الله لوسر ترأس اهنأ اهنع الله يضر ةشئاع ِعو 33-
ً
ً
لا هنأ ملعي ابستيم لحباص هدلب يف ثكَمف نوعاطرل يف عقي دبع ِم سملف ،ِمنمؤَلر ةَمر ىر اعت الله هلعجف ،ءاشي ِم ىلع ىراعت
) ) . يراخبرل هلور " ( ( دمهشرل حجأ لثم هر ناك لاإ هر الله بتك ام لاإ هبمصي
33. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal
penyakit taun, lalu beliau memberi-tahukannya bahawa sesungguhnya taun itu adalah sebagai
siksaan yang dikirimkan oleh Allah Ta'ala kepada siapa saja yang dikehendaki olehNya, tetapi
juga sebagai kerahmatan yang dijadikan oleh Allah Ta'ala kepada kaum mu'minin. Maka tidak
seorang hamba pun yang tertimpa oleh taun, kemudian menetap di negerinya sambil bersabar
dan mengharapkan keredhaan Allah serta mengetahui pula bahawa taun itu tidak akan
mengenainya kecuali kerana telah ditetapkan oleh Allah untuknya, kecuali ia akan memperolehi
seperti pahala orang yang mati syahid." (Riwayat Bukhari)