Page 672 - Bab_1. Ikhlas
P. 672

dan berada di naungan Ka'bah, kita berkata: Mengapa Tuan tidak memohonkan pertolongan  -
               kepada Allah - untuk kita, sehingga kita menang? Mengapa Tuan tidak berdoa sedemikian itu
               untuk kita?" Beliau lalu bersabda:




               "Pernah terjadi terhadap orang-orang sebelum mu - yakni zaman Nabi-nabi yang lalu, iaitu ada
               seorang  yang  diambil  -  oleh  musuhnya,  kerana  ia  beriman,  kemudian  digalikanlah  tanah
               untuknya dan ia diletakkan di dalam tanah tadi, selanjutnya didatangkanlah sebuah gergaji dan
               ini diletakkan di atas kepalanya, seterusnya kepalanya itu dibelah menjadi dua. Selain itu ia pun
               disisir dengan sisir yang terbuat dari besi yang dikenakan di bawah daging dan tulangnya, semua
               siksaan itu tidak memalingkan ia dari  agamanya  -yakni  ia tetap beriman kepada  Allah. Demi
               Allah  nescayalah  Allah  sungguh  akan  menyempurnakan  perkara  ini  -  yakni  Agama  Islam,
               sehingga seseorang yang berkendaraan yang berjalan dari Shan'a ke Hadhramaut tidak ada yang
               ditakuti  melainkan  Allah  atau  kerana  takut  pada  serigala  atas  kambingnya  -  sebab  takut
               sedemikian  ini  lumrah  saja.  Tetapi  engkau  semua  itu  hendak  bercepat-cepat  saja."  (Riwayat
               Bukhari)




               Dalam riwayat lain diterangkan: "Beliau saat itu sedang berbantal burdahnya, padahal kita telah
               memperolehi kesukaran yang amat sangat dari kaum musyrikin."

                               ً
                ىطعأف ،ةَسقرل يف اسان ملسو هملع الله ىلص الله لوسر حثآ ِمنم موي ناك اَر  :     لاق هنع الله يضر دوعسم ِبل ِعو 42-
                                                 ً
               .    ةَسقرل يف ذئموي مهحثآو بحعرل فلحشأ ِم اسان ىطعأو ،كرذ لثم ِصم ِب ةنممع ىطعأو ،لبلإل ِم ةئام سبام ِب عحقمأل
                هتمتأف ، ملسو هملع الله ىلص الله لوسر نحبخمأ اللهو  :     تلقف ،الله هجو اهمف ديرأ امو ،اهمف لدع  ام ةَسق هذه نإ اللهو  :    لجر لاقف
                دق ىسوم الله ممحي  :    لاق مث  ؟    هروسرو الله لدعي مر لذإ لدعي َِف  "     لاق مث  .     فحصراك ناك ىتم هههجو حمغتف  :    لاق اَب هتحبخأف
                داصرل حسكب وه       فحصراك        هروقو  ) )    هملع قفتم  .   ( (  ً   اثيدم اهدعب همرإ عفرأ لا محج   :   لا  تلقف  " .    حبصف لذه ِم حثكأب يذوأ
                                                                                           .     حَمأ غبص وهو  :     ةلَهَرل



               42.  Dari  Ibnu  Mas'ud  r.a.,  katanya:  "Ketika  hari  peperangan  Hunain,  Rasulullah  s.a.w.
               melebihkan - mengutamakan - beberapa orang dalam pemberian pembahagian - harta rampasan,
               lalu memberikan kepada al-Aqra' bin Habis seratus ekor unta dan memberikan kepada 'Uyainah
               bin  Hishn  seperti  itu  pula  -  seratus  ekor  unta,  juga  memberikan  kepada  orang-orang  yang
               termasuk  bangsawan  Arab  dan  mengutamakan  dalam  cara  pembahagian  kepada  mereka  tadi.
               Kemudian ada seorang lelaki berkata: "Demi Allah, pembahagian secara ini, sama sekali tidak
               ada  keadilannya  dan  agaknya  tidak  dikehendaki  untuk  mencari  keredhaan  Allah."  Saya  lalu
               berkata:  "Demi  Allah,  hal  ini  akan  saya  beritahukan  kepada  Rasulullah  s.a.w."  Saya  pun
               mendatanginya terus memberitahukan kepadanya tentang apa-apa yang dikatakan oleh orang itu.
               Maka berubahlah warna wajah beliau sehingga menjadi semacam sumba merah - merah padam
               kerana marah - lalu bersabda:
   667   668   669   670   671   672   673   674   675   676   677