Page 677 - Bab_1. Ikhlas
P. 677

ً
                حَمل دق اَهدمأو ،نابتسي نلاجرو  ،ملسو هملع الله ىلص يبنرل عم اسراج تنك  :    لاق هنع الله يضر دحص ِب ناَملس ِعو 46-
                للهاب ذوعأ  :    لاق ور ،دجي ام هنع بهذر اهراق ور ةَلك ملعمأ ينإ  :   "    ملسو هملع الله ىلص الله لوسر لاقف  .    هجلدوأ تخفتنلو ،ههجو
                قفتم  "   ( (  ممجحرل ناطمشرل ِم  للهاب ذوعت  :   "    لاق ملسو هملع الله ىلص يبنرل نإ  :    هر لاقف  " .    دجي ام هنم بهذ ممجحرل ناطمشرل ِم
                                                                                                         ) )   .    هملع

               46.  Dari Sulaiman bin Shurad r.a., katanya: "Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada
               dua  orang  yang  saling  bermaki-makian  antara  seorang  dengan  kawannya.  Salah  seorang  dari
               keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah
               s.a.w. bersabda:




               "Sesungguhnya saja nescayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah
               hilang  apa  yang  ditemuinya  -kemarahannya,  iaitu  andaikata  ia  mengucapkan:  "A'udzu  billahi
               minasy  syaithanir  rajim,"  tentulah  lenyap  apa  yang  ditemuinya  itu.  Orang-orang  lalu  berkata
               padanya  -  orang  yang  merah  padam  mukanya  tadi:  "Sesungguhnya  Nabi  s.a.w.  bersabda:
               "Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam." (Muttafaq 'alaih)



                هنايبس الله هاعد ،هذفني نأ ىلع رداق وهو ،  ً اظمغ مظك ِم  :   "    لاق ملسو هملع الله ىلص يبنرل نأ هنع الله يضر سنأ ِب ذاعم ِعو   47-
                         ) ) .    ِسم ثيدم  :    لاقو يذمحترلو ،دولد وبأ هل ور  "   ( (  ءاش ام ِمعرل رويرل ِم هحمخي ىتم ةمامقرل موي قئلاخرل سوؤر ىلع ىراعتو



               47. Dari Mu'az bin Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menahan
               marahnya padahal ia kuasa untuk meneruskannya - melaksanakannya - maka Allah Subhanahu
               wa Ta'ala mengundangnya di  hadapan kepala  -  yakni  disaksikan  -sekalian makhluk pada hari
               kiamat,  sehingga  disuruhnya  orang  itu  memilih  bidadari-bidadari  yang  membelalak  matanya
               dengan sesuka hatinya."




               Diriwayatkan  oleh  Imam Abu  Dawud  dan  Tirmidzi  dan  ia mengatakan bahawa ini adalah
               Hadis hasan.



                     ً
                 :   "    لاق ،لرلحم ددحف  "    بضغت لا  :   "  لاق ،ينصوأ  :    ملسو هملع الله ىلص يبنلر لاق ًلاجر نأ ، هنع الله يضر ةحيحه يبأ ِعو 48-
                                                                                          .    يراخبرل هلور  "    بضغتلا


               48. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah
               wasiat padaku." Beliau s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali
               tetapi beliau s.a.w. tetap bersabda: "janganlah marah."                                                      (Riwayat
               Bukhari)
   672   673   674   675   676   677   678   679   680   681   682