Page 681 - Bab_1. Ikhlas
P. 681

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda:




               "Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan,



               Yang  menghancur-leburkan  gabungan  pasukan  musuh.  Hancur  leburkanlah  mereka  itu  dan
               berilah kita semua kemenangan atas mereka."  (Muttafaq 'alaih)




               Wabillahittaufiq (Dan dengan Allah itulah adanya pertolongan).



               Keterangan:




               Dalam mengulas sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

               "Syurga itu ada di bawah naungan pedang." Imam al-Qurthubi berkata:

               "Ucapan  itu  adalah  suatu  petanda  betapa  indahnya  susunan  kalimat  yang  digunakan  oleh
               Rasulullah s.a.w. Sedikit kata-katanya, tetapi luas pengertiannya. Maksudnya iaiah bahawa letak
               syurga  itu  dengan  memberikan  perlawanan  kepada  musuh,  manakala  mereka  telah  memulai
               menyerang kedudukan kita. Jika sudah dalam keadaan tersepit dan musuh sudah menyerbu dekat
               sekali dengan tempat  pertahanan kita, maka tiada jalan lain, kecuali dengan beradu kekuatan,
               yakni  pedanglah  yang  wajib  digunakan  untuk  penyelesaian,  menang  atau  kalah.  Jika  pedang
               kaum Muslimin sudah beradu dengan pedang musuh, masing-masing pihak menangkis serangan
               musuhnya,  pedang  meninggi  dan  merendah,  sampai-sampai  bayangannya  nampak  jelas.
               Naungan  pedang  itulah  yang  menyebabkan  kaum  Muslimin  akan  memperolehi  kebahagiaan
               dalam dua keadaan:



               (a) Jika kalah dan mati, gugurlah sebagai pejuang syahid dan pasti masuk syurga tanpa dihisab.
               Di kalangan ummat pun menjadi harum namanya.


               b) Jika menang dan selamat sampai dapat kembali ke rumah ia juga akan merasakan kenikmatan
               syurga dunia, hidup dalam keluhuran dan kejayaan.
   676   677   678   679   680   681   682   683   684   685   686