Page 709 - Bab_1. Ikhlas
P. 709

mereka,  maka  bertambah-tambahlah  keimanan  mereka  dan  mereka  itu  sama  bertawakkal
               kepada Tuhannya." (al-Anfal: 2)



               Ayat-ayat perihal keutamaan bertawakkal itu pun banyak pula dan dapat pula diketahui.


               Keterangan:



               Banyak sekali orang yang salah mengerti dalam melaksanakan ketawakkalan kepada Allah
               Ta'ala itu. Ada yang berpendapat, tawakkal ialah menyerah bulat-bulat kepada Tuhan tanpa
               berbuat  daya-upaya  dan  usaha  untuk  mencari  mana-mana  yang  baik  dan  menyebabkan
               kebahagiaan. Ringkasnya enggan berikhtiar atau menyingsingkan lengan baju.  Anehnya ia
               meminta yang enak-enak belaka. Orang semacam di atas itu rupanya berpendapat, bahawa
               tidak perlu ia belajar, jika Tuhan menghendaki ia menjadi orang pandai, tentu pandai juga
               nantinya. Juga tidak perlu bekerja, jika Tuhan menghendaki ia menjadi kaya, tentu kaya juga
               nantinya.  Atau ketika sakit, tidak perlu ia berubat,  jika Tuhan menghendaki  sembuh  tentu
               sihat kembali pula. Semuanya itu samalah halnya dengan orang yang sedang lapar, sekalipun
               macam-macam  makanan  di  hadapan  mukanya,  tetapi  ia  berpendapat,  jika  Tuhan
               menghendaki kenyang, tanpa makan pun akan menjadi kenyang juga. Cara berfikir semacam
               di atas itu, apabila diterus-teruskan, pasti akan membuat kesengsaraan diri sendiri, bahkan
               merosak akalnya sendiri.

               Adapun maksud tawakkal yang diperintahkan oleh agama itu ialah menyerahkan diri kepada
               Allah  sesudah  berdaya-upaya  dan  berusaha  serta  bekerja  sebagaimana  mestinya.  Misalnya
               meletakkan  penyelak  di  muka  rumah,  setelah  dikunci  baik-baik,  lalu  bertawakkal.  Ertinya
               apabila setelah dikunci itu masih juga hilang umpama dicuri orang, maka dalam pandangan
               agama orang itu sudah tidak bersalah, sebab telah melakukan ikhtiar supaya jangan sampai
               hilang. Hal  yang semacam itu pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., iaitu ada seorang
               sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti pohon, tonggak
               dan lain-lain, lalu ditinggalkan.



               Beliau  s.a.w.  bertanya:  "Mengapa  tidak  kamu  ikatkan?"  Ia  menjawab:  "Saya  sudah
               bertawakkal kepada Allah." Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu,
               lalu bersabda:



               Ertinya:


               "Ikatlah dulu lalu bertawakkallah."
   704   705   706   707   708   709   710   711   712   713   714