Page 725 - Bab_1. Ikhlas
P. 725
"Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan?
"Dan juga bumi, bagaimana ia dikembangkan?
"Maka dari itu berikanlah peringatan, kerana engkau itu hanyalah seorang yang bertugas
memberi peringatan." (al-Ghasyiyah: 17-21)
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Apakah mereka tidak hendak berjalan di muka bumi, lalu melihat - memerhatikan -
bagaimana akibat orang-orang yang belum mereka? Allah telah membinasakan mereka itu
dan keadaan yang seperti itu pula untuk orang-orang kafir?" (Muhammad: 10)
Ayat-ayat mengenai bab ini amat banyak sekali. Setengah dari Hadis-hadis yang
berhubungan dengan bab ini ialah Hadis di muka, iaitu:
"Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya." Dan
seterusnya.
Adapun lengkapnya Hadis di atas ialah:
Dari Abu Ya'la iaitu Syaddad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
ُ
. ))يناملأا الله ىلع ى نمتو اهاوه هسفن عبْتأ نم ُزجاعلاو ،توملا دع ب امل لمعو هَس ْ فَن َ ناَد ْ نم ُسِْيَكلا(( :ثيدحلا ظفل
َ
،اهلاقتناو هسفن يفو ،اهلاوزو ايندلا يف هر ُّ كفت نع أشني امنإ ً لامه اهكرت مدعو اهل هتبساحم هنإف .اهبساح :هسفن ناد ىنعم
. قيفوتلا للهابو .يغبني ام ىلع اهلمحيو ،يغ بني لا ا مع اهعن ميف هسفن بساحيف ،لزت ملو ةرخلآابو ،نكت ملو ايندلاب كنأك
"Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka
beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang
dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah -
yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.