Page 6 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 6

Keterangan:



               Sayyidah Aisyah diberi gelar Ummul mu'minin, yakni ibunya sekalian orang mu'min sebab
               beliau  adalah  isteri  Rasulullah  s.a.w.,  jadi  sudah  sepatutnya.  Beliau  juga  diberi  nama  ibu
               Abdullah oleh Nabi s.a.w., sebenarnya Abdullah itu bukan puteranya sendiri, tetapi putera
               saudarinya yang bernama Asma'. Jadi dengan Sayidah Aisyah, Abdullah itu adalah anak tiri
               nya. Adapun beliau ini sendiri tidak mempunyai seorang putera pun.



                Dari  huraian  yang  tersebut  dalam  Hadis  ini,  dapat  diambil  kesimpulan  bahawa  seseorang
               yang  shalih,  jika  berdiam  di  lingkungan  suatu  golongan  yang  selalu  berkecimpung  dalam
               kemaksiatan  dan  kemungkaran,  maka  apabila  Allah  Ta'ala  mendatangkan  azab  atau  siksa
               kepada kaum itu, orang shalih itu pun pasti akan terkena pula. Jadi Hadis ini mengingatkan
               kita semua agar jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli kemaksiatan, kemungkaran
               dan kezaliman.



               Namun  demikian  perihal  amal  perbuatannya  tentulah  dinilai  sesuai  dengan  niat  yang
               terkandung dalam hati orang yang melakukannya itu.


               Mengenai gelar Ummul mu'minin itu bukan hanya khusus diberikan kepada Sayidah Aisyah
               radhiallahu 'anha belaka, tetapi juga diberikan kepada para isteri Rasulullah s.a.w. yang lain-
               lain.







                مترفتسا اذإو ،ةينو داهج نكلو ،حتفلا دعب ةرجه لا  :   "    ملسو هيلع الله ىلص يبنلا لاق تلاق اهنع الله يضر ةشئاع نعو  3-
                                                        ملاسإ راد تراص اهنلأ هكم نم ةرجه لا  :    هانعمو  ) ) .    هيلع قفتم  "   ( (  اورفناف


               3.  Dari  Aisyah  radhiallahu  'anha,  berkata:  Nabi  s.a.w.  bersabda:  "Tidak  ada  hijrah  setelah
               pembebasan - Makkah , tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau
               semua  diminta  untuk  keluar  -  oleh  imam  untuk  berjihad,  -  maka  keluarlah  –  yakni
               berangkatlah." (Muttafaq 'alaih)



               Maknanya: Tiada hijrah lagi dari Makkah, sebab saat itu Makkah telah  menjadi perumahan
               atau Negara Islam.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11