Page 25 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 25

DEVELOPMENT OF EXCAVATABILITY ASSESSMENT METHOD FOR VARIOUS TYPES OF
                      WEATHERED ROCK MASS IN TROPICAL REGION
       ABSTRAK


       Kerja-kerja pengorekan di kawasan batuan tropika adalah agak mencabar kerana
       batuan  di  kawasan  ini  mengalami  kadar  luluhawa  yang  tinggi,  seterusnya
       menyumbang  kepada  kewujudan  banyak  ciri-ciri  ketidakpastian  (uncertainties)
       semasa  menentukan  kaedah  pengorekan  terbaik  yang  akan  digunakan  di
       peringkat  kerja-kerja  tanah.  Kepelbagaian  jenis  batuan  dan  ciri-ciri  batu  yang
       berbeza yang terdapat di tapak projek pembinaan adalah di antara cabaran dan
       kesukaran  besar  yang  dihadapi  oleh  jurutera  dalam  melaksanakan  kerja
       penggalian  permukaan  (surface  excavation).  Kekurangan  maklumat  terperinci
       seperti keadaan cuaca, jisim dan sifat batuan secara keseluruhan menyebabkan
       penilaian  kaedah  pengorekan  menjadi  kurang  tepat  dan  secara  tidak  langsung
       memberi  kesan  ketara  kepada  kebolehlaksanaan  projek  seperti  kelewatan  dan
       pertambahan  kos  disebabkan  perubahan  skop  kerja  di  tapak.  Sehubungan
       dengan  itu,  kajian  ini  dilaksanakan  bagi  mengkaji  parameter-parameter  yang
       terlibat  dan  yang  berhubung  kait  di  dalam  pelaksanaan  kerja-kerja  pengorekan
       seperti  ciri-ciri  kejuruteraan  geologi,  kejuruteraan  geoteknik,  kebolehkerjaan
       mesin  pengorekan  dan  ciri-ciri  sifat  bahan  batuan  di  tapak  berdasarkan  ujian
       geofizik di beberapa tapak terpilih di Semenanjung Malaysia. Kesemua parameter
       yang  terlibat  akan  dintegrasikan  bagi  menentukan  parameter  yang  paling
       dominan bagi membangunkan carta klasifikasi pengorekan yang lebih tepat bagi
       batuan tropika khususnya di Malaysia.

        Analisis statistik menggunakan pelbagai regresi linear dilakukan untuk mengkaji
       hubungan di antara parameter batu di tapak dan kadar pengeluaran (production
       rate).  Kaedah  menganggarkan  kadar  pengeluaran  mesin  ripping  untuk  pelbagai
       jenis  jentera  adalah  sumbangan  penting  kepada  kajian  ini.  Cadangan  nilai
       kerintangan (resistivity) dan halaju seismik di kawasan batuan terluluhawa adalah
       dua  parameter  baharu  yang  diambil  kira  bagi  menilai  prestasi  penggalian
       berbanding penilaian pengorekan sedia ada. Hasil kajian ini menyumbang kepada
       kemajuan  penilaian  pengorekan  dengan  mempertimbangkan  julat  parameter
       bahan  batuan  dan  jisim  batu  serta  nilai  kerintangan  dan  halaju  seismik  bagi
       batuan  bedded  dan  non-bedded.  Sistem  klasifikasi  untuk  pengorekkan  batuan
       terluluhawa  dibangunkan  dengan  merangkumi  pemboleh  ubah  penting  seperti
       cuaca,  kadar  pengeluaran,  kekuatan  (strength),  ketumpatan  kering  (dry  density),
       kandungan lembapan (water content), dan halaju seismik. Kajian ini membuktikan
       bahawa  semua  parameter  penting  kejuruteraan  geologi,  geoteknik,  dan  geofizik
       adalah faktor utama di dalam meramalkan prestasi pengorekkan batuan bedded
       dan non-bedded di kawasan tropika. Julat yang bertepatan bagi setiap parameter
       dikategorikan berdasarkan hasil keputusan ciri-ciri jisim dan sifat batu mengikut
       jenis dan gred batu bagi batuan bedded dan non-bedded.
       24 KERTAS TEKNIKAL
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30