Page 8 - Aplikasi geofizik dalam geologi kejuruteraan
P. 8
4 PENGENALAN GEOFIZIK / APA ITU GEOFIZIK?
APA ITU GEOFIZIK?
• Merupakan cabang sains yang mengkaji bumi menggunakan kaedah Fizik.
• Kajian mengenai bumi menggunakan cara kuantiti fizikal, ia merupakan salah satu kaedah penderiaan jauh
yang menggunakan peralatan-peralatan elektrik-elektronik tertentu dalam usaha membantu mengarap
maklumat, menjejaki, memahami, memeta dan menyiasat keadaan bawah tanah.
• Kaedah geofizik ini penting dalam membantu kerja-kerja menerokai, pencarigalian, pemetaan sesuatu
sumber tertimbus atau geologi (contohnya mineral , air dan arkeologi). Ia juga berguna dalam membantu
perancangan projek-projek kejuruteraan (tapak) dan melihat perubahan fizik – kimia bawah tanah yang
mempunyai impak besar dalam pegurusan alam sekitar.
• Kaedah geofizik responsi kepada variasi sifat-sifat media bawah tanah seperti batuan, tanah, kehadiran
ronga bawah tanah, mineral logam, ketepuan aliran air serta objek-objek tertimbus lain. Setiap kaedah
geofizik amat bergantung kepada sesetengah sifat-sifat semulajadi seperti ketumpatan, kerintangan
elektrik, kekonduksian, kerentanan magnet, kekonduksian serta halaju gelombang media bahan bawah
tanah, samada bahan semula jadi atau tertimbus (air, batu, mineral, paip, dll.)
JABATAN MINERAL & GEOSAINS MALAYSIA