Page 3 - BULETIN GEOTEKNIK 2023
P. 3

Pena





































                                                                                                                                                                           Pengarah





































                                        Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh










                                        Selamat Sejahtera























                                        Alhamdullillah  setinggi  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  limpah  kurnia  dan







                                        keizinan daripada-Nya penerbitan Buletin Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) Tahun 2023







                                        dengan tema Alam Sekitar & Kelestarian ini dapat direalisasikan. Penerbitan Buletin Geoteknik






                                        ini diharapkan dapat menjadi platform utama bagi menyalurkan maklumat dan perkembangan







                                        terkini bidang Kejuruteraan Geoteknik kepada seluruh warga kerja JKR dan pelanggan.
















                                        Buletin ini amat bermakna kepada saya kerana ianya adalah buah tangan







                                        pertama dalam saya melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah CKG.






                                        Justeru itu, besar harapan saya agar buletin ini dapat dimanfaatkan bukan







                                        sahaja di peringkat JKR bahkan di peringkat global serta oleh semua







                                        yang terlibat di dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik amnya.















                                        Ingin saya menyeru kepada seluruh warga CKG agar terus







                                        berinspirasi menyumbangkan artikel yang bermanfaat







                                        untuk meningkatkan kualiti buletin ini. Selain itu,






                                        sebarang ulasan dan cadangan penambahbaikan







                                        daripada semua pihak dari semasa ke semasa juga







                                        adalah amat dialu-alukan untuk penerbitan edisi







                                        akan datang.















                                        Akhir kata, syabas dan tahniah ditujukan kepada







                                        semua pihak yang terlibat sama ada secara






                                        langsung atau tidak langsung terutama kepada







                                        sidang redaksi, editor, penulis artikel dan juga







                                        ketua Bahagian yang memberi sokongan dalam






                                        menjayakan penerbitan buletin ini.


















                                         Ir. Edayu binti Saleh @ Aman







                                         Pengarah







                                         Cawangan Kejuruteraan Geoteknik







                                         Ibu Pejabat JKR Malaysia

























                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 1
   1   2   3   4   5   6   7   8