Page 7 - eBulletin Hari Polis 2020
P. 7

Sepintas lalu































    Sambutan Hari Polis yang Ke-212 pada tahun lalu telah diadakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis
    (PULAPOL) pada 25 Mac 2019 yang telah dihadiri oleh Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara ketika
    itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Turut hadir Bersama Ketika itu adalah
    Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri
    Abdul Hamid Bador. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat
    diikuti dengan lintas hormat panji dan perbarisan semua unit Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sambutan ini
    mengekalkan tema sebelumnya iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.




























    Di dalam ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
    PDRM atas khidmat dan pengorbanan yang telah ditawarkan semasa menjalankan tugas. Bagi anggota
    polis yang telah gugur sebagai wira-wira negara, beliau mendoakan semoga roh mereka sentiasa
    dicucuri rahmat. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah atas penurunan indeks jenayah negarabagi
    tahun 2018 iaitu sebanyak 88,662 kes berbanding nilai ambang atau threshold sebanyak 100,611 kes
    iaitu penurunan sebanyak 11.9%. Beliau mengatakan bahawa kerajaan berpuas hati dengan tahap
    profesionalisme dan keupayaan yang telah dipamerkan oleh PDRM.

    Beliau menyeru untuk setiap lapisan masyarakat untuk terus memberikan Kerjasama yang baik bagi
    membantu anggota PDRM dalam menangani jenayah dan membanteras Tindakan anasir-anasir yang ingin
    memporak-perandakan kedaulatan negara sesuai dengan slogan memerangi jenayah tanggungjawab
    bersama.Beliau mengakhiri ucapan bliau dengan harapan agar setiap anggota PDRM akan terus
    bersemangat menawarkan khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan
    rakyat dan negara Malaysia.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12