Page 8 - eBulletin Hari Polis 2020
P. 8

Kempen pembayaran saman secara


   talian (e-payment)
















































  Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen
  pembayaran saman secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini.

  Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata kempen itu
  dilaksanakan sempena Hari Polis ke- 213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja.

  “Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan
  penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya dalam
  satu kenyataan hari ini.

  Beliau berkata ini juga merupakan langkah JSPT bagi mengalakkan orang ramai mematuhi Perintah
  Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

  “Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya.

  Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

  -Bernama
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13