Page 4 - 2020 BUKU AGM 44---edited-6a
P. 4
Kata-kata Aluan YDP PIBG
Bismillahirahmanirrahim
AssalamualaikumWarahmatullahiHiwabarakatuh.
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan
rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita sekali lagi mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan SK Dato’ Abu Bakar Baginda bagi kali yang ke 44.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang penting di dalam menjayakan segala
sistem dan aktiviti sekolah bagi melahirkan kecemerlangan murid-murid. Ianya termasuklah
kecemerlangan akedemik, kokurikulum dan pembentukan modal insan yang mulia. Dengan
komitmen berterusan yang padu dari ibubapa dan guru serta doa dan restu akan dapat mencipta
kejayaan dan kepuasan seterusnya bagi melahirkan insan yang cemerlang yang sentiasa berbakti
kepada agama, bangsa dan negara. Kemantapan dan perkongsian pandangan yang bernas serta
penglibatan semua amatlah diperlukan kerana ia akan dapat mendorong dan berupaya
meningkatkan lagi prestasi pencapaian akedemik, kokuriklum dan sahsiah diri melebihi sasaran
yang ditetapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga dan memberi kerjasama yang terbaik bagi
melicinkan perjalanan sIstem pendidikan dan aktiviti-aktiviti selari dengan perubahan arus perdana
hari ini. Penambahbaikan dan usaha-usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan bagi
memastikan SK Dato’ Abu Bakar Baginda tidak ketinggalan. Muafakat dan kesepaduan dari warga
PIBG amatlah diharapkan supaya segala impian dan cita-cita untuk menjadikan murid-murid yang
cemerlang dapat direalisasikan.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Guru Besar, Barisan
Pentadbir Sekolah, Guru-Guru, AJK PIBG yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dan
ibubapa yang hadir pada hari ini kerana kitalah yang mampu menjana kecemerlangan SK Dato’ Abu
Bakar Baginda.
Kapal dagang mudik ke pekan
Membawa dagangan berkoyan-koyan
Ibubapa dan Guru dipisah jangan
Itulah gandingan yang menjanjikan kejayaan
Sekian, terima kasih dan wassalam.
Dato’ Wan Jamaludin Wan Abd Malik
Yang DiPertua PIBG
SK Dato’ Abu Bakar Baginda
4