Page 5 - 2020 BUKU AGM 44---edited-6a
P. 5

Sekapur Sireh Seulas Pinang



             Assalamualaikum w.b.t dan  Salam Sejahtera,

                    Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

             izinNya dapat kita mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah
             Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda bagi kali yang ke 44.


             Saya  mengambil  kesempatan  ini  mengucapkan  syabas  dan  setinggi–tinggi  tahniah  kepada
             Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 dan semua ibubapa yang telah melaksanakan amanah, tugas
             dan  tanggungjawab  dengan  ikhlas  dan  iltizam  demi  memartabatkan  kecemerlangan  agama,
             bangsa dan negara.


             Bagi merealisasikan visi  sekolah  iaitu“Sekolah  Unggul  Penjana Generasi Terbilang”dan  moto
             sekolah“  Mengilhamkan  Kreativiti,  Kearah  Inovasi”,  beberapa  program  dan  aktiviti  telah
             dijalankan di sekolah dengan sokongan AJK PIBG dan ibubapa. Pihak sekolah berjaya mencapai
             kecemerlangan  dalam  kurikulum,  kokurikulum  dan  sahsiah.    Semoga  kecemerlangan  ini

             diteruskan pada tahun ini dan akan datang.


             Pembinaan  surau  telah  pun  siap  dan  boleh  digunakan  oleh  warga  SKDABB  serta  ibu  bapa.
             Terima  kasih  kepada  semua  pihak  yang  telah  membantu  sama  ada  wang  ringgit,  tenaga  dan
             lain- lain sehingga berjaya terbinanya surau SKDABB yang sangat indah. Segala jasa baik tuan
             puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Saya doakan tuan puan dimurahkan rezeki
             dan dimudahkan segala urusan.


             InsyaAllah dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta

             komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, sekolah kita mampu untuk
             mengharungi cabaran pada masa kini.


             Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan AJK PIBG sekolah di atas sokongan dan kerjasama
             selama ini. Sewajarnya perkongsian ini dapat kita teruskan supaya sekolah ini lebih cemerlang
             pada masa akan datang. Semoga Jawatankuasa PIBG 2020/2021 yang akan dilantik nanti akan
             dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan.


             Sekian, terima kasih.
             “ GURU MENDIDIK, MURID TERDIDIK”




             Salam hormat,

             Pn Hjh Wan Nor Fadriah Bt Wan Idris
             Guru Besar / Penasihat PIBG
             SK Dato’ Abu Bakar Baginda




                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10