Page 7 - majalah bidayuh pep (4)
P. 7
. Ruang ini juga berfungsi sebagai
tempat tidur di kala malam hari.
Awah pula adalah bahagian
pelantar di luar rumah panjang
masyarakat Bidayuh dan
lazimnya ia bertutup dan beratap.
Ia dapatlah disamakan dengan
berandah rumah pada masa ini.
Di "awah" masyarakat Bidayuh
menjalankan aktiviti aktiviti
harian mereka seperti
menganyam, berbual, membuat
peralatan bertani dan sebagainya.
Ruangan Awah juga akan
digunakan untuk sebarang
upacara keagamaan seperti
perkahwinan, pantang larang dan
pesta-pesta tertentu seperti pesta
gawai dan sebagainya. "tanju"
pula adalah bahagian terluar di
dalam rumah panjang
masyarakat Bidayuh. Bahagian
tanju agak terdedah dan lazimnya
ia tidak bertutup mahupun
beratap. Tanju lazimnya
digunakan untuk menjemur hasil
tuaian masyarakat Bidayuh
seperti padi, lada, jagung dan
sebagainya. 5