Page 8 - majalah bidayuh pep (4)
P. 8
BAHASA
Bahasa Bahasa Bidayuh agak unik
berbanding bahasa-bahasa yang lain
yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini
adalah berdasarkan sebutan,pertuturan,
gerak gaya dan alunan yang
dipertuturkan. Lazimnya, bahasa
Bidayuh akan berubah intonasi dan
bahasa mengikut kampung dan daerah
tertentu. Hal ini menyebabkan suku
kaum ini sukar untuk berkomunikasi
dengan satu sama lain sekiranya mereka
adalah suku atau dari daerah yang
berlainan. Sebagai contoh, suku
Bidayuh dari kawasan Serian menyebut
"makan" ialah "ma-an" manakala suku
Bidayuh dari kawasan Padawan pula
menyebut "makan" sebagai "man". 6