Page 4 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 4
1. PENGURUSAN EMOLUMEN
Emolumen merupakan segala saraan dalam bentuk wang yang perlu dibayar kepada pegawai
awam meliputi gaji pokok, imbuhan tetap dan komponen berubah (bayaran insentif dan
elaun bulanan lain) mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Pembayaran emolumen adalah tertakluk kepada potongan-potongan berkanun selaras
dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Tarikh pembayaran emolumen bulanan ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan
(AP) 105 yang berkuat kuasa.
1.1 PERWAKILAN KUASA
1.1.1 Bagi proses penyediaan data gaji di Modul Human Capital Management (HCM)
dalam iGFMAS, Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan penetapan kuasa
dan tugas diberikan kepada setiap pegawai yang terlibat dengan menyediakan
Perwakilan Kuasa AP 11 mengikut ketetapan di SPANM Bil.6 Tahun 2018
(Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal kepada
Pegawai Perakaunan di bawah Kawalannya (Arahan Perbendaharaan 11)).
1.1.2 Setelah perwakilan kuasa tersebut ditandatangani oleh Pegawai Pengawal
Kementerian Kerja Raya (KKR), proses permohonan capaian dibuat dengan
melengkapkan Borang Permohonan Capaian Pengguna Dan Had Kuasa Pusat
Tanggungjawab (PTJ) (Kew.290E-01-PIN.1/18). Borang tersebut perlu dimuat naik
oleh PTJ di portal Integrated Government Financial Management Accounting
System (iGFMAS) dengan membuat aduan bagi permohonan capaian berkaitan
melalui iGFMAS Service Desk di Portal iGFMAS.
3