Page 9 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 9
1.2.2 Bagi setiap transaksi yang menggunakan Modul HCM, PTJ perlu mengunci
masuk nombor gaji yang mana ia merupakan nombor rujukan yang
diperuntukkan kepada setiap pegawai awam Kerajaan Persekutuan. Nombor ini
adalah rujukan unik yang mengandungi lapan (8) digit dan dikekalkan tanpa
mengira Pejabat Perakaunan/ Accounting Office (AO) sepanjang tempoh
perkhidmatan dengan Kerajaan Persekutuan.
1.2.3 Selaras dengan keputusan Minit Mesyuarat Pengarah Dan Ketua Akauntan
(MPKA) Bil. 1 Tahun 2022, Sesi Timbalan Akauntan Negara (Operasi) pada 14
Mac 2023 di perenggan 5.1.3 iaitu Gred jawatan bagi peranan di Modul HCM
iGFMAS adalah seperti berikut:
PERANAN GRED JAWATAN
Penyedia Gred 19 hingga 22
Penyemak Gred 22 dan ke atas
Peraku Gred 26 dan ke atas
1.2.4 Pengasingan dan pusingan tugas hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan
tahap integriti dan ketelusan proses bayaran gaji dengan memastikan
pegawai penyedia dan pegawai pengesah adalah orang yang berlainan.
1.2.5 Tanggungjawab bagi setiap peranan adalah seperti berikut:
PERANAN TANGGUNGJAWAB
Penyedia Mengunci masuk maklumat Borang Perubahan Gaji (Kew.320-
Pin. 1/2019) yang telah disahkan. Pastikan maklumat yang
dikunci masuk tepat dan betul
Penyemak Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan Laporan
Edit Pembayaran Gaji dengan Borang Perubahan Gaji
(Kew.320-Pin. 1/2019) bagi memastikan maklumat yang
dikunci masuk tepat dan betul
Peraku Melaksanakan simulasi larian gaji (ZRPY106) sehingga error
free (tiada ralat di data induk pegawai) dan mengemaskini
status proses gaji di PTJ (ZRPY101). Pegawai Peraku juga
bertanggungjawab untuk menyemak Laporan Simulasi Payroll
1.2.6 Semua pembayaran gaji diakaunkan oleh PTJ melalui Pusat Gaji masing-masing
(senarai kod PTJ dan Pusat Pembayar).
1.2.7 PTJ perlu memastikan bayaran gaji dipertanggungkan kepada item berikut:
i. Kod Pegawai Pengawal;
ii. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Pembayar;
iii. Pusat Pembayar; dan
iv. Program/ Aktiviti atau Projek atau akaun yang dinyatakan.
8