Page 10 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 10
1.2.8 PTJ boleh merujuk kepada buku Kod Perakaunan tahun semasa untuk
mendapatkan maklumat seperti di atas di laman sesawang KKR.
1.2.9 PTJ hendaklah memastikan proses pengurusan gaji bagi pembayaran gaji dibuat
mengikut Jadual Tarikh Proses Gaji yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan
(AO) KKR setiap tahun.
1.2.10Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan jumlah potongan gaji tidak
menyebabkan pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang
serius dan memastikan Peraturan Pendapatan Bersih Pegawai Awam perlu
berada sekurang-kurangnya pada paras minima 40%.
1.2.11 Proses pembayaran gaji berkomputer adalah merujuk kepada MPK HCM-01 yang
menerangkan dengan lanjut setiap tindakan yang terlibat di Jabatan Akauntan
Negara Malaysia (JANM), Pejabat Perakaunan dan PTJ.
1.2.12 Berikut merupakan transaksi yang digunakan untuk memaparkan dan
menyelenggara data induk pegawai Modul HCM seperti di bawah:-
i) PA20 (Display)
Melalui transaksi ini, data induk pegawai yang disimpan di infotype boleh
dipaparkan sahaja. Sistem tidak akan membenarkan sebarang
pengemaskinian data dilaksanakan melalui transaksi ini.
ii) PA30 (Maintain)
Melalui transaksi ini, data induk pegawai yang disimpan di infotype boleh
dikemaskini atau diwujudkan data baru.
9