Page 13 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 13

1.3  KITARAN PEMBAYARAN EMOLUMEN

                  Pembayaran gaji dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan pada dasarnya dilaksanakan
                  dalam Modul HCM melalui kitaran berikut:

                   (i)  Regular Cycle;
                   (ii) Late Cycle;
                   (iii) Daily Rated Cycle;
                   (iv) Off Cycle.

                   (i)  Regular Cycle (RC)

                      Proses pembayaran gaji bulanan berdasarkan jadual tarikh pembayaran gaji yang
                      telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (JANM). Ia adalah berdasarkan data
                      pembayaran  sedia  ada  di  Modul  HCM  yang  mana  PTJ  boleh  membuat  sebarang
                      perubahan maklumat gaji berdasarkan Kew.8 dan dokumen sokongan yang lengkap.
                      Proses  kitaran  RC  di  PTJ  perlu  diselesaikan  tiga  (3)  minggu  sebelum  tarikh
                      pembayaran gaji bulan tersebut ataupun sebarang tarikh yang ditetapkan oleh JANM.

                        Payroll area adalah 26













                   (ii)  Late Cycle (LC)

                        Proses pembayaran gaji bulanan bagi kes lantikan baharu atau bertukar masuk
                        yang  tidak  sempat  diproses  dalam  Regular  Cycle.  Ia  adalah  bagi  lantikan
                        pegawai baharu atau bertukar masuk yang mana PTJ tidak menerima borang
                        perubahan gaji sebelum proses di PTJ berakhir untuk Regular Cycle. Tarikh
                        untuk  proses  LC  ini  selalunya  pada  minggu  akhir  bulan  tersebut  ataupun
                        sebarang tarikh yang ditetapkan oleh JANM.

                        Payroll area adalah 27
















                                                           12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18