Page 58 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 58

4.2  PENERANGAN
                 4.2.1  Persaraan merupakan status seseorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya
                        dalam  Perkhidmatan  Awam.  Terdapat  2  jenis  persaraan  iaitu  bersara  wajib  dan
                        bersara pilihan.

                 4.2.2    Persaraan  wajib  ialah  seseorang  individu  yang  mencapai  umur  55  dan  ke  atas
                        berkhidmat sebagai seorang penjawat awam. Umur persaraan wajib (genap umur)
                        anggota perkhidmatan awam adalah 55/ 56/ 58 atau 60 tertakluk kepada opsyen
                        umur persaraan yang dipilih anggota.

                  4.2.3  Persaraan pilihan adalah di bawah Seksyen 12 Akta 227/239. Seseorang penjawat
                        awam boleh memohon bersara pilihan apabila telah layak mengikut syarat seperti
                        berikut:

                          i) telah disahkan dalam jawatan

                          ii) telah diluluskan pemberian taraf berpencen

                          iii) berumur 40 tahun dan ke atas

                          iv) mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun

                 4.2.4  Peletakan  jawatan  adalah  berhenti  berkhidmat  daripada  Perkhidmatan  Awam
                        dengan mengemukakan notis peletakan jawatan kepada Ketua Jabatan atas sebab-
                        sebab yang tertentu.

                 4.2.5   Bagi pegawai tetap, tempoh mengemukakan notis peletakan jawatan adalah tiga
                        puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan berkuatkuasa. Manakala bagi pegawai
                        selain  pelantikan  tetap,  tempoh  mengemukakan  notis  peletakan  jawatan  adalah
                        mengikut syarat pelantikan pegawai itu, atau tiga puluh (30) hari sekiranya tempoh
                        tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikan.
                 4.2.6  Sekiranya  peletakan  jawatan  tidak  memenuhi  tempoh  notis  yang  ditetapkan,
                        pegawai hendaklah membayar sebulan gaji (gaji pokok) sebagai ganti notis.

                 4.2.7   Manakala  bagi  pegawai  lantikan  kontrak  tempoh  perkhidmatan  pegawai
                        bergantung kepada terma dalam kontrak yang telah ditandatangani oleh kedua-dua
                        pihak.

                 4.2.8  Di dalam Modul HCM, PTJ diwajibkan mengunci masuk tarikh bersara/ tamat
                        kontrak  setiap  pegawai  sebagai  sumber  pemantauan  secara  berkala  agar
                        tindakan  penamatan  boleh  dibuat  mengikut  tarikh  tamat  perkhidmatan
                        pegawai. Penerangan berhubung langkah untuk pemantauan tarikh bersara dan
                        tarikh tamat kontrak adalah seperti di bawah.










                                                           57
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63