Page 56 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 56

3.4  SOALAN LAZIM

                 1.   Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas
                      seseorang pegawai yang telah ditangkap/ ditahan oleh pihak polis atau SPRM
                      kerana disyaki melakukan jenayah?

                         Tidak  boleh.   Walau  bagaimanapun  sekiranya  pegawai masih  tidak  hadir  selepas
                      dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib
                      boleh dikenakan bagi ketidakhadiran selepas pegawai dibebaskan.

                 2.   Berapakah tempoh yang boleh dianggap tidak hadir bertugas?

                       Peraturan 23, P.U. (A) 395/1993 menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi
                      apa-apa  jua  tempoh  masa  dan  tempat  pegawai  itu  dikehendaki  hadir  bagi
                      pelaksanaan  tugas-tugasnya.  Namun  jika  jabatan  tidak  menerima  sebarang
                      pemakluman ketidakhadiran dalam tempoh tujuh (7) hari berturut-turut atau sebarang
                      tempoh  lain  yang  dianggap  wajar,  tindakan  seterusnya  boleh  diambil  bagi
                      memberhentikan  gaji  dan  memastikan  tiada  bayaran  gaji  dibuat  kepada  pegawai
                      yang tidak layak.

                 3.   Bagaimanakah  pembayaran  gaji  dibuat  kepada  pegawai  yang  mempunyai
                      masalah kehadiran?

                      HAK EMOLUMEN: Perintah Am Bab ‘C’ Klausa 14A(a)
                      Jika seseorang pekerja tidak hadir bekerja bagi sesuatu sebab yang pada pendapat
                      Ketua Jabatan adalah satu sebab yang tidak munasabah, maka pekerja itu tidaklah
                      berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen.

                      PEMOTONGAN GAJI: Perintah Am Bab ‘C’ Klausa 14A(b)
                      Suatu  perakuan  oleh  Ketua  Jabatan  memperakui  tempoh  bagi  pekerja  itu  tidak
                      berhak  mendapat  gaji  dan  emolumen  di  bawah  perenggan  14A(a)  kepada  Pihak
                      Berkuasa bertanggungjawab bagi membayar gaji dan emolumen pekerja itu adalah
                      satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen pekerja bagi tempoh
                      beliau tidak hadir bekerja.

                      Pembayaran  boleh  dibuat  melalui  Arahan  Pembayaran  setelah  mendapat
                      kelulusan  BA  sekiranya  tindakan  perubahan  tidak  aktif  (keluar  sistem
                      sementara) pegawai di Modul HCM.















                                                           55
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61