Page 52 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 52
3.2 PENERANGAN
3.2.1 Sekiranya didapati pegawai tidak hadir selama tujuh (7) hari berturut-turut tanpa
sebarang pemakluman kepada jabatan, tindakan segera oleh unit/ seksyen
berkaitan perlu dibuat dengan memaklumkan kepada unit kewangan PTJ agar
tindakan seterusnya boleh diambil.
3.2.2 Ketua Jabatan perlu mengambil serius isu ketidakhadiran pegawai tanpa
kebenaran dan memantau kehadiran pegawai bagi memastikan pembayaran gaji
hanya dibuat kepada pegawai dalam tempoh yang layak sahaja.
3.2.3 PTJ perlu membuat perubahan dengan mengambil tindakan (tidak aktif-keluar
sistem sementara) di Modul HCM sebelum selesai proses gaji di PTJ bagi
memastikan bayaran gaji tidak dibuat kepada pegawai yang tidak hadir bertugas
tanpa kebenaran.
3.2.4 Setelah tindakan (tidak aktif-keluar sistem sementara) di Modul HCM telah
dilaksanakan, bayaran gaji untuk hari yang hadir bertugas boleh di buat kepada
pegawai dengan mendapatkan kelulusan dari BA terlebih dahulu sebelum
bayaran menggunakan Modul Arahan Pembayaran iGFMAS dikunci masuk
oleh PTJ.
3.2.5 Sekiranya kehadiran pegawai masih tidak memuaskan, bayaran melalui Arahan
Pembayaran di Modul iGFMAS (bagi hari yang hadir bertugas) boleh diteruskan
(kelulusan BA diperlukan bagi setiap pembayaran) sehinggalah PTJ telah
berpuashati dengan kehadiran pegawai tersebut. Tindakan mengaktifkan semula
pegawai di Modul HCM boleh dibuat bagi membolehkan gaji dibayar melalui Modul
HCM.
3.2.6 Bagi tindakan mengaktifkan semula pegawai , dokumen sokongan seperti Kew.8
dan sebagainya perlu diperolehi terlebih dahulu.
51