Page 50 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 50
2.4 SOALAN LAZIM
1. Berapakah tempoh masa untuk proses Kunci Masuk Data Gaji bagi Pegawai
Lantikan Baharu?
Tiada tempoh masa ditetapkan tetapi perlu diproses sebelum tarikh simulasi di PTJ.
2. Apakah tindakan yang perlu dilakukan PTJ sekiranya Unit Kewangan menerima
Kew.8 lantikan baharu selepas proses gaji Regular Cycle?
PTJ masih boleh memproses pembayaran gaji pegawai lantikan baharu berkenaan
melalui Late Cycle di Modul HCM bagi membolehkan bayaran dibuat selewat-
lewatnya pada akhir bulan tersebut. Namun sekiranya dokumen tersebut diterima
selepas dari tarikh proses LC, permohonan kelulusan boleh dibuat kepada BA untuk
pembayaran gaji melalui Arahan Pembayaran.
3. Apakah tindakan bagi PTJ setelah perubahan gaji dilakukan?
PTJ perlu membuat semakan semula di dalam Laporan Gaji Payroll Master Listing.
4. Adakah pembayaran gaji pegawai lantikan baharu perlu mencarum KWSP?
Ya. Pembayaran gaji pegawai lantikan baharu wajib mengambil kira caruman KWSP.
49