Page 67 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 67

4.4 SOALAN LAZIM

                 1.  Apakah tindakan yang harus diambil oleh PTJ bagi memantau tarikh persaraan
                    pegawai?

                     PTJ perlu membuat semakan dan memantau tarikh persaraan pegawai dari semasa
                    ke  semasa  dengan  mendapatkan  maklumat  tersebut  di  Modul  HCM.  Seterusnya
                    maklumat  tarikh  persaraan  boleh  dimajukan  ke  Unit  Sumber  untuk  tindakan
                    pengeluaran Kew. 8 kepada Unit Kewangan PTJ.

                 2.   Unit Kewangan telah menerima Kew. 8 persaraan pegawai. Apakah tindakan yang
                    perlu diambil?

                    PTJ  perlu  mengambil  tindakan  penamatan  di  sistem  payroll  HCM  mengikut  tarikh
                    persaraan pegawai.

                 3.  Sekiranya  penamatan  gaji  pegawai  bersara  diberhentikan  melepasi  tarikh
                    persaraan  pegawai,  bagaimanakah  cara  untuk  mendapatkan  semula  amaun
                    bayaran gaji yang tidak layak diterima oleh pegawai?

                    Sekiranya bayaran gaji telah dibuat, PTJ perlu mengambil tindakan mengutip semula
                    amaun  gaji  yang  tidak  layak  diterima  oleh pegawai  dengan  segera  dan  direkodkan
                    sebagai Akaun Belum Terima (ABT) sehinggalah bayaran balik dari pegawai diterima.

                 4.  Adakah  permohonan  penahanan  gaji  di  bank  boleh  dibuat  sekiranya  PTJ
                    mendapati  pegawai  bersara  tidak  diambil  tindakan  penamatan  pada  bulan
                    persaraan pegawai?
                     Ya, boleh.  Permohonan penahanan emolumen dibank perlu dikemukakan kepada BA
                     selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh pembayaran gaji. Penahanan gaji dibank
                     hanya  dibuat  bagi  gaji  bersih  pegawai  sahaja.  PTJ  adalah  bertanggungjawab
                     membuat kutipan potongan yang telah dibuat kepada agensi potongan gaji daripada
                     pegawai  awam  yang  terlibat  dan  direkodkan  sebagai  Akaun  Belum  Terima  (ABT)
                     tertakluk kepada SPANM Tatacara Pengurusan Terimaan yang berkuat kuasa.


                 5.  Sekiranya pegawai telah dibuat tindakan penamatan di Modul HCM dan terdapat
                    bayaran  yang  perlu  dibayar  kepada  pegawai,  bagaimanakah  bayaran  tersebut
                    dapat dibuat kepada pegawai? Contohnya tunggakan bayaran KGT, pelarasan
                    bayaran kenaikan pangkat, pelarasan bayaran menyelenggara rumah dan lain-
                    lain bayaran yang layak diterima oleh pegawai.

                    Bagi  pegawai  yang  telah  dibuat  tindakan  penamatan  di  Modul  HCM  dan  terdapat
                    bayaran yang layak dibayar kepada pegawai, PTJ dibenarkan untuk membuat bayaran
                    tersebut melalui Arahan Pembayaran di iGFMAS (dengan kelulusan dari BA).








                                                           66
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72