Page 68 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 68
5. TAHAN EMOLUMEN DI BANK
5.1 Sekiranya proses larian gaji di AO telah selesai, tiada lagi tindakan yang boleh dibuat
oleh PTJ di dalam Modul HCM bagi bulan tersebut. Oleh yang demikian sekiranya
terdapat keperluan untuk menahan emolumen pegawai di bank, tindakan
pemakluman tahan gaji dibank perlu dibuat sebelum bayaran dikreditkan pada hari
pembayaran gaji.
5.2 PTJ perlu memaklumkan kepada AO selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum hari
pembayaran gaji. PTJ perlu menggunakan surat Tahan Emolumen KKR beserta
dokumen sokongan melalui emel terlebih dahulu dan disertai dengan surat
pemakluman fizikal.
5.3 PTJ boleh membuat tindakan tahan emolumen tanpa menunggu Penyata Perubahan
Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata
Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan Gaji (PR.JPA 2-Pin 1/96).
5.4 Proses tahan emolumen cuma boleh dibuat di bank yang akan mengkreditkan
bayaran emolumen pegawai tersebut.
5.5 Oleh yang demikian, bagi proses tahan emolumen, hanya nilai emolumen bersih
sahaja yang dapat ditahan sebelum dikredit ke akaun pegawai, manakala bagi
bayaran potongan ia masih lagi berjalan seperti biasa. Ini kerana bagi bayaran agensi
potongan dan badan berkanun pembayaran telah dilakukan terus ke agensi dan
badan berkanun yang berkaitan.
5.6 Oleh yang demikian bagi situasi pegawai yang mendapat kelulusan cuti separuh gaji,
cuti tanpa gaji, tidak hadir bertugas, bersara dan meletak jawatan, amaun bayaran
agensi dan bayaran berkanun perlu dikutip balik kerana bayaran tersebut telah dibuat
menggunakan vot kementerian dan tindakan tahan bayaran tidak boleh dibuat lagi.
5.7 PTJ adalah bertanggungjawab membuat kutipan potongan yang telah dibuat kepada
agensi potongan gaji daripada pegawai awam yang terlibat dan direkodkan sebagai
Akaun Belum Terima (ABT) tertakluk kepada SPANM Tatacara Pengurusan
Terimaan yang berkuat kuasa.
67