Page 22 - KarnivaBahasaMiniJPMIPGMKPI
P. 22

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR KARNIVAL
                                      MINI BAHASA MELAYU PERINGKAT IPGM KPI
                                                          TAHUN 2024

               1.0     PENGENALAN


                       1.1    Syair  tergolong  dalam  puisi  tradisional  yang  merupakan  peninggalan

                              masyarakat  Melayu  lama  yang  terus  hidup  dan  berperanan  dalam
                              masyarakat semasa. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita
                              dan pengajaran. Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu
                              hasil sastera berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat
                              bantu puitis yang seirama dengan isi bacaan.

                       1.2    Pertandingan  Dendangan  Syair  memberikan  ruang  dan  pendedahan
                              kepada pelajar IPGM KPI untuk mengetengahkan bakat mereka dalam
                              bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati
                              diri bangsa.


                       1.3    Pertandingan ini juga bertujuan memupuk minat dan kecintaan terhadap

                              bahasa  dan  sastera  Melayu,  khususnya  syair  selaras  dengan  hasrat
                              memartabatkan Bahasa Melayu.


               2.0    SYARAT PERTANDINGAN

                       2.1    Syarat umum

                              2.1.1  Pertandingan  ini  terbuka  kepada  semua  pelajar  IPGM  K P I
                                     tanpa mengira bidang pengkhususan pengajian.

                       2.2    Perincian pertandingan adalah seperti berikut:


                              2.2.1  Pemilihan Syair: Syair yang didendangkan perlu dipilih daripada
                                     senarai di bawah;
















                 Dendangan Syair_Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024
               #semarakmbmmbi
               #sahabatbahasa
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27